visitors

Saturday, 10 April 2010

najwa ubat malas ke sekolah ...





==========================================================

"Kamu malas nak belajar, ubatnya satu sahaja. Itupun kalau kamu nak cuba," saya berbual dengan pelajar.
"Apa dia, cikgu?" tanya seorang hero yang sering memeningkan kepala guru-guru yang mengajarnya. Ahh, alhamdulillah 'angin'nya baik pula pada hari ini. Terima kasih, ya Allah.
"Bila kamu rasa malas dan tak mahu belajar, kamu bercakaplah dengan Allah. Kamu orang Islam bukan? Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, bukan? Janji Allah kepada kita umat Islam, Dia akan menjawab segala permintaan kita padaNya, bukan?"
"Err, ya.. "

"Maka apabila kamu malas nak belajar, rasa malas nak datang ke sekolah, bercakaplah dengan Allah. Katakan,'Ya Allah, saya malas nak belajar, tapi saya nak lulus peperiksaan. Ya Allah, saya kasihankan ibu bapa saya yang bekerja siang malam dan keletihan untuk menyekolahkan saya dan adik-adik saya. Kasihan ibu bapa saya yang bekerja menyara keluarga kami. Saya tahu mereka mengharapkan saya lulus dengan baik dalam peperiksaan, saya tahu mereka akan gembira bila saya dapat pekerjaan yang baik selepas saya tamat persekolahan. Tapi Ya Allah, saya malas sangat nak belajar. Saya tak faham apa yang cikgu saya ajar sekarang kerana saya sudah banyak ketinggalan. Saya juga malu nak tanya cikgu kerana saya takut cikgu akan marah dan sindir saya kerana selama ini saya pelajar yang malas dan banyak bermain."

Saya melihat mereka tersenyum sinis. Segala perbualan telah terhenti, apabila saya bersuara.

"Katakan lagi, 'Allah tolonglah saya. Saya takut gagal dalam peperiksaan SPM, saya tak mahu hampakan ibu bapa saya. Saya tak mahu bapa saya malu dan ibu saya menangis kerana kecewa dengan keputusan peperiksaan saya yang teruk. Tolonglah saya, Ya Allah, kerana saya hanyalah seorang hambaMu yang lemah. Kaulah Yang Maha Berkuasa. Berikanlah kekuatan kepada saya untuk menjadi pelajar yang baik. Tolonglah saya berubah dari pelajar yang malas kepada pelajar yang rajin dan mudah memahami ilmu pelajaran. Saya mahu mnjadi pelajar yang baik, Ya Allah. Saya mahu lulus peperiksaan dengan baik dan membahagiakan ibu bapa saya dengan keputusan peperiksaan saya. Bantulah saya, Ya Allah kerana saya tidak tahu apa yang saya harus lakukan.' "

Saya berhenti bercakap. Mereka masih diam. Kelihatan ada yang mengelamun. Hero yang bercakap banyak cuba ketawa tetapi kurang meyakinkan.

"Cuba kamu bercakap seperti yang cikgu katakan tadi apabila kamu malas nak belajar. Beritahu Allah yang kamu malas nak belajar, minta izinNya untuk kamu menonton TV dan buat kerja lain dulu. Tiada yang dapat menolong kamu kecuali Allah swt. InsyaAllah cikgu yakin Allah akan bantu kamu jikalau kamu meminta dengan ikhlas setiap kali kamu berasa malas nak belajar."
Hahaahaaaa.. satu perubahan paradigma. Terkejut mereka. Setelah bertahun-tahun disuruh oleh guru-guru lain supaya diri sendiri menjadi lebih rajin lagi untuk maju dalam pelajaran, mungkin itulah kali pertama mereka disuruh meminta pada Allah kerajinan untuk belajar setiap kali mereka bersikap malas!
Memang ...
Hari-hari cikgu menasihati pelajar supaya belajar dengan rajin.
Hari-hari cikgu menyuruh pelajar supaya menyiapkan kerja sekolah, supaya menghadiri kelas tambahan dan supaya berubah sikap dari malas kepada rajin. Hari-hari cikgu menyatakan bahawa usaha tangga kejayaan.
Tetapi jarang cikgu menunjukkan bagaimana mahu menjadi rajin. Bagaimana seorang pelajar yang bertahun-tahun bersikap malas dan sambil lewa terhadap pelajaran boleh tiba-tiba berubah menjadi pelajar yang sayangkan ilmu dan rajin belajar?
Bagi segolongan pelajar yang sudahpun berusaha, yang sudahpun rajin tetapi masih gagal, yang mahu rajin tetapi masih berasa malas, yang kurang motivasi untuk mahu berubah sikap kepada positif.. semua nasihat, teguran dan sindiran guru dan ibu bapa sudah menjadi basi.
"Cikgu kata kena usaha tetapi saya sudah pun berusaha, masih gagal juga. Malaslah nak usaha lagi!"
"Cikgu kata mesti siapkan kerja sekolah tetapi saya malas nak buat. Saya lebih gemar menonton TV. Tonton Tv lagi seronok. Lagipun saya dah biasa dimarahi cikgu, kena sekali lagi biasalah.."
"Peperiksaan SPM masih lama lagi. Saya nak enjoy dulu. Sebulan sebelum periksa, barulah nak studi betul-betul.."

Kita perlu memberi motivasi berbentuk kesedaran diri akan tanggungjawab mereka sebagai anak, pelajar dan [bagi yang Islam] hamba Allah yang lemah. Keinginan mahu enjoy, mahu melepak, bercouple, merempit dan segala sikap negatif yang kurang disenangi hanya mampu dibendung sekiranya anak-anak dan pelajar sering diingatkan tentang harapan ibu bapa dan guru serta adik-adik mereka yang mahu melihat mereka berjaya dalam pelajaran dan mendapat pekerjaan yang baik. Tatkala kita menyuruh mereka belajar dan memantau kegiatan mereka, perlulah kita ingat bahawa perubahan sebenar dan yang kekal datangnya perlulah berlaku dalam diri anak itu sendiri. Tiada yang lebih berkuasa dalam mengubah sikap manusia kecuali Allah swt, Tuhan segala alam.
Saya yakin, mereka yang bermasalah tetapi masih sayang keluarga, dan ingat diri adalah orang Islam, boleh berubah ke arah kebaikan.
Hati yang sentiasa mengingati Allah akan memilih jalan yang lurus, insyaAllah.

1 comment:

  1. You can from the outside of the United States to comment on a flower or a butterfly, but you can not to comment on a person ........................... .............

    ReplyDelete