source
Nikmat2 Yang Allah Nyatakan dalam Surah AR-RAHMAN yakni surah ke 55 ada 78 ayat.
31 daripadanya Allah bertanya:
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?.
31 kali bukanlah satu jumlah yang sedikit. Secara mudah, surah ini menyebutkan banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Menurut seorang ahli tafsir (TAK DAPAT NAK CATATKAN NAMANYA KRN KELEMAHANKU mendictate) yang mengkaji surah ini; dia mengatakan bahawa pertanyaan Allah ini adalah bertujuan nak minta/dapatkan pengakuan daripada manusia dan jin dengan berkata; "SEMUA NIKMATMU BENAR! YA ALLAH! tidak ada satupun nikmatMu yang dapat kami dustakan".
PERINCIAN bagi 31 ayat2 itu ialah 8 KALI daripadanya berkaitan dengan nikmat kehidupan di dunia (Langit, bumi, tumbuh2an, pengajian, pekerjaaan dan lain-lain). 7 KALI berkaitan dengan ancaman siksa di akhirat (memberitahu apa jenis siksa agar kita hindari) 8 KALI berkaitan dengan yang ada di syurga pertama (syurga dunia) yakni ketenangan, kebahagiaan, keredhaan berlainan dgn 8 yang mula2 tadi berkaitan dengan material. Dan 8 TERAKHIR berkaitan dgn nikmat di syurga kelak.
Kaitan dengan syukur ialah apabila kita pandai bersyukur kepada nikmat pada 8 KALI yang PERTAMA kita akan tidak tertimpa 7 BENCANA yang disebut dalam 7 KALI yang berikutnya.
Allah Maha Besar, Maha Segala Keagungan dan Kemuliaan.
http://www.zulkbo.com/2010/04/kebenaran-surah-ar-rahmanair-laut-dan.html
No comments:
Post a Comment